| MISI KORPORAT |
|
Sebuah badan korporat yang bertanggungjawab dalam menerajui pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Negeri Kelantan, berlandaskan prinsip - prinsip Islam, untuk kesejahteraan Ummah.
|
| VISI |
|
Menjadikan Negeri Kelantan sebagai salah sebuah Negeri industri pertanian dan pelancongan yang utama di Malaysia
|
| FUNGSI |
|
» Pembangunan sosio-ekonomi keseluruhan
» Mempelopori industri berpotensi » Menjana harta korporat » Mewujudkan Masyarakat Perdagangan & Perindustrian Bumiputera » Memegang teguh nilai dan prinsip Islam |
| FALSAFAH KORPORAT |
|
» mewujudkan komitmen yang tinggi untuk membangun dan meningkatkan kesejahteraan sosio ekonomi negeri serta rakyatnya. » membangunkan negeri kelantan sebagai sebuah negeri yang berjaya di malaysia dengan tumpuan khusus diberikan kepada sektor hartanah, perladangan dan industri berasaskan tani. » mensasarkan pertumbuhan yang mampan dengan menceburi perniagaan yang memiliki kelebihan daya saing, disamping mengekalkan rasa tanggungjawab kepada masyarakat. » menggalakkan aktiviti komersil serta mewujudkan peluang pekerjaan di samping membantu menggalakkan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan kerjasama antara sektor kerajaan, pihak swasta dan masyarakat keseluruhannya. » menghormati setia pelanggan dan membalas kesetiaan mereka dengan perkhidmatan yang baik dan produk yang berkualiti melalui dedikasi yang unggul. » berpegang teguh kepada nilai-nilai islam sebagai prinsip dan panduan ke arah mencapai matlamat korporat untuk kesejahteraan ummah. » menghasilkan kumpulan kerja yang berkualiti melalui pengwujudkan persekitaran kerja yang menjamin peningkatan dan perkembangan peluang kerjaya, disamping menggalakkan semangat berkumpulan serta mewujudkan sikap saling hormat menghormati dan mempercayai disetiap peringkat dalam organisasi |
| STRATEGI KUMPULAN |
|
MENUMPUKAN KEPADA DUA TUJUAN UTAMA: 1. Pembangunan sosio ekonomi. » Pembangunan infrastruktur asas dan ameniti. » Pembinaan serta mengadakan rumah kos rendah dan kemudahan komersil » Latihan dan penempatan. » Penwujudan peluang pekerjaan. 2. Pembangunan industri dan komersil. » Pembangunan dalam kemudahan perindustrian. »Pelaburan dalam bidang komersil melalui: a)pelaburan sendiri. b)Usahasama dan pengabungan strategik c)Penswastaan |

